NO WAR. SAVE GAZA

FREE PALESTINE

Wednesday, December 3, 2008

Tips Meningalkan Kereta Dlm Masa Yg Lama Supaya Dalam Keadaan Baik



Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama


ADA ketikanya anda ada urusan di luar negara dan terpaksa meninggalkan kereta berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Anda mungkin berasa bimbang kereta anda rosak dan prestasi menurun kerana tidak dihidupkan enjinnya.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.

Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu lama sama ada dalam masa enam bulan hinggalah setahun tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan dengan situasi itu, apa yang paling utama ialah meletakkan kenderaan di garaj yang kering dan redup.

Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan.

1. Langkah pertama ialah mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.

2. Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, bertujuan mengatasi masalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat.

3. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak enjin dan penapisnya.

4. Titiskan minyak enjin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.

5. Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

6. Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

7. Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia membantu anda untuk mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.


0 comments: